Thursday, November 28, 2019

ANALISIS DATA (SOAL SELIDIK)



Soalan 1 : Saya berpuas hati dengan pentadbiran sekolah ini
-          Carta menunjukkan terdapat 16 orang bersetuju, 3 orang bersikap sederhana dan terdapat juga 1 orang yang tidak bersetuju. Ini menunjukkan masih terdapat segelintir pihak pelajar yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran sekolah.
Soalan 2 : Ibu Bapa saya mudah untuk mengikuti perkembangan saya
-          Terdapat 16 orang yang bersetuju manakala 4 orang lagi bersifat sederhana yang menunjukkan ibu bapa pelajar mudah untuk mendapatkan maklumat berkaitan anak-anaknya dan berurusan dengan pihak sekolah.
Soalan 3 : Saya sering dibantu dari segi bimbingan untuk mengembangan potensi diri
-          Terdapat seorang yang tidak bersetuju, 7 orang bersederhana, dan 10 orang yang bersetuju. Sekolah ini perlu proaktif dalam sentiasa berusaha untuk membimbing pelajar untuk mengembangkan potensi diri.
Soalan 4 : Aktiviti kokurikulum membantu saya mengekalkan minat terhadap sesuatu
-          13 orang menyatakan persetujuan yang mana mereka dapat mengekalkan minat terhadap sesuatu melalui aktiviti kokurikulum manakala 5 orang bersederhana. Tetapi terdapat 2 orang tidak bersetuju dan tidak berminat dengan aktiviti kokurikulum
Soalan 5 : Program anjuran sekolah sangat membantu untuk mengembangkan potensi diri
-          Sekolah ini merupakan sekolah yang aktif dalam penganjuran program terutama dalam aspek perkembangan diri. Ini terbukti dengan data yang menunjukkan bahawa majoriti bersetuju dan hanya 6 orang sahaja yang berpendapat sederhana dan tiada yang tidak bersetuju.
Soalan 6 : Suasana di sekolah sangat selesa dan saya suka untuk hadir ke sekolah
-          Terdapat 2 orang yang tidak bersetuju, 6 orang bersederhana dan 12 orang bersetuju. Ini menunjukkan masih terdapat mereka yang tidak berminat untuk hadir ke sekolah tetapi majoritinya berminat.
Soalan 7 : Sekolah menyediakan bantuan kewangan sekiranya pelajar menghadapi musibah
-          Majoriti bersetuju iaitu 18 orang dan terdapat 2 orang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Ini menunjukkan sekolah agak prihatin terhadap permasalahan yang pelajarnya hadapi.
Soalan 8 : Guru sentiasa mengikuti perkembangan murid
-          Perkembangan murid di sekolah ini sering dipantau oleh guru dengan menunjukkan 14 orang bersetuju dan hanya 4 orang bersikap sederhana. Ini menunjukkan guru sekolah tersebut adalah prihatin terhadap perkembangan diri muridnya.
Soalan 9 : Guru sentiasa memberi motivasi kepada saya
-          Majoriti bersetuju dengan pernyataan ini menunjukkan bahawa guru sentiasa membantu murid untuk mengembangkan potensi dengan memberikan motivasi dan galakan untuk terus berjaya.
Soalan 10 : Guru ada memberi boleh maklumat diri untuk diisi
13 orang bersetuju manakala 7 orang bersederhana. Data ini menunjukkan bahawa pihak sekolah sentiasa mengemaskini maklumat muridnya dari semasa ke semasa untuk simpanan rekod sekolah dan kegunaan urusan pihak yang terlibat

No comments:

Post a Comment