Terdapat beberapa soalan yang dikemukakan sepanjang sesi soal
selidik bersama Encik Harnain. Antara soalan yang dikemukan adalah seperti
berikut:
1.
Strategi
pihak pengurusan dalam menguruskan murid dari aspek disiplin, kurikulum dan
kokurikulum.
-
Pihak
sekolah menguruskan aspek disiplin dengan menggunakan sistem SSDM iaitu sistem
salah disiplin murid. Tidakan juga diambil berdasarkan 3 jenis kesalahan iaitu
berat, sederhana dan ringan. Manakala penggunaan rotan pula hanya dikenakan ke
atas pelajar lelaki sahaja dan dilakukan di bilik pengetua beserta dua orang
saksi lelaki. Pelajar hanya boleh dirotan di punggung dan di tangan. Pelajar
juga akan dirujuk kepada unit kaunseling sekolah jika perlu.
-
Bagi
aspek kurikulum, terdapat lima jenis peperiksaan umum yang akan diduduki oleh
pelajar- pelajar SAMTKKB iaitu PT3, SMA, SPM, STAM dan juga STPM. Pihak sekolah
juga menyediakan pengambilan peperiksaan awam MUET kepada pelajar- pelajar yang
menduduki STAM atau STPM. Sekolah ini pada dasarnya menumpukan pada aliran
agama dan tidak tidak mempunyai aliran sains tulen kepada pelajar- pelajar
lepasan PT3. Terdapat program- program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah
bagi menaikkan prestasi pelajar- pelajarnya. Antara program yang dijalankan
adalah program mentor- mentee, teknik menjawab soalan, kem sahsiah diri dan
motivasi serta program smart dini. Program mentor-mentee adalah program yang
dijalankan antara pelajar- pelajar dengan guru kelas pada waktu petang mengikut
jadual tertentu. Teknik menjawab soalan peperiksaan dijalankan mengikut
tingkatan yang terlibat dan berfokus kepada setiap pelajar. Kebiasaannya bagi
program ini, akan dijalankan oleh penyampai yang berpengalaman mahupun pakar
motivasi. Kem sahsiah diri pula lebih mengetengahkan tentang jati diri pelajar-
pelajar dalam persediaan menjadi insan yang lebih baik kepada masyarakat. Program
‘smart dini’ memberi tumpuan kepada pelajar- pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 dalam
menguasai Bahasa Arab dan subjek- subjek yang berkaitan dengan keagamaan.
-
Bagi
aspek terkahir, iaitu kokurikulum. SAMTKKB menjalankan aktiviti kokurikulum
selaras dengan usaha kerajaan bagi sekolah- sekolah seluruh Malaysia. Aktiviti
dijalankan pada setiap hari rabu jam 2 hingga 4 petang secara berselang seli
bagi aktiviti kokurikulum unit beruniform, sukan permainan dan juga kelab
persatuan. Pencapaian terbaik bagi aktiviti kokurikulum SAMTKKB ini adalah
dalam acara ping pong, bola tampar dan juga memanah.
2.
Pencapaian
pelajar seimbang dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.
-
Pencapaian
pelajar secara keseluruhan adalah seimbang dalam ketiga- tiga aspek tersebut.
Namun demikian, terdapat segelintir pelajar yang melakukan kesalahan berbentuk
sahsiah, tetapi mempunyai keputusan yang baik dari segi akademik dan
kokurikulum. Terdapat juga sebahagian pelajar yang hanya berfokus kepada aspek-
aspek tertentu. Secara purata, SAMTKKB mencapai keputusan terbaik bagi
peperiksaan STAM dengan memperoleh tempat ketiga dalam sekolah- sekolah
kebangsaan.
3.
Budaya
yang diamalkan disekolah.
-
Terdapat
dua cabang utama dalam budaya yang diamalkan di sekolah ini iaitu adab dan
amalan. Secara amnya, pelajar- pelajar dibiasakan dengan adab memberi salam
kepada warga sekolah tanpa mengira pangkat. Amalan- amalan yang diamalkan oleh
warga sekolah khususnya pelajar- pelajar adalah hari selasa adalah hari
berbahasa Inggeris, manakala hari Rabu pula berbahasa Arab. Melaksanakan
program usrah yang dijalankan oleh badan naqib dan naqibah pada hari Jumaat dan
membaca al- Quran dan tazkirah ringkas pada setiap hari sebelum kelas bermula.
4.
Penyimpanan
rekod- rekod murid dan bagimana mengemas kini rekod.
-
Maklumat
murid akan sentiasa dikemaskini dalam sistem online iaitu aplikasi pangkalan
data murid dan secara bertulis. Maklumat tersebut akan disimpan secara rapi
dibawah seliaan Hal Ehwal Pelajar.
5.
Tindakan
yang diambil oleh pihak sekolah dalam mengendalikan pelajar yang bermasalah.
-
Terdapat
beberapa peringkat yang akan diambil tindakan oleh pihak disiplin sekolah. Pada
tahap ringan, pelajar akan memberi surat amaran. Kesalahan berulang akan
menjadikan pelajar berada pada tahap sederhana dengan mengenakan tindakan
berjumpa dengan pengetua, guru disiplin dan guru kelas. Sebelum memasuki tahap
berat, pelajar akan dikehendaki berjumpa dengan guru kaunseling dan amaran
terakhir dikenakan sebelum tindakan rotan, gantung asrama atau gantung sekolah
dikenakan.
6.
Guru
Kaunseling menjadi rujukan pelajar.
-
Guru
kaunseling sering menjadi rujukan kepada pelajar- pelajar samada pelajar
bermasalah atau tidak. Unit Kaunseling disekolah ini juga sangat aktif dalam
menjalankan sebarang program samada berbentuk motivasi, bengkel, sahsiah diri
dan lain- lain.
7.
Program
berbentuk motivasi dijalankan dengan seberapa kerap.
-
Program
berbentuk motivasi sangat kerap dijalankan terutama dalam memberi fokus kepada
pelajar- pelajar yang menduduki peperiksaan awam. Program yang dijalankan
samada berlangsung di kawasan sekolah mahupun di kem- kem tertentu yang
berdekatan. Penceramah pula banyak dijemput dari pihak luar.
No comments:
Post a Comment