Thursday, November 28, 2019

LAPORAN TUGASAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH






Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Kubu Bharu Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1986 dan kini Puan Hajah Mariahtol Kiftiah Binti Darus merupakan orang yang bertanggungjawab sebagai pengetua sekolah. Manakala Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik ialah Puan Hajah Norlela Binti Maarof, Penolong Kanan Hal hwal Murid Encik Mohd Harnain Bin Jajuli, Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Juwairiah Binti Abdul Rahman.

Sedikit sejarah ringkas, SAMTKKB ini mula dibina pada tahun 1984 dan siap dibina pada tahun 1986 dan dibuka pada tanggal 1 Jun 1986. Pada permulaannya, tujuan sekolah ini dibina oleh pihak JAIS adalah untuk menampung pelajar-pelajar di Hulu Selangor  kerana bilangan sekolah pada ketika itu adalah terhad. Pada 1 Jun 1986 sekolah ini dibuka dengan menerima kemasukan pelajar dari SMK Batang Kali dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sungai Selisek. Mereka berpindah kerena mempunyai kelas yang terhad di sekolah asal mereka. Lagu Maahadku SAMT Kuala Kubu  Bharu dicipta pada 4 Februari 2008 dan dilancarkan pada 31 Mac 2008 di Dewan Abu Hurairah SAMTKKB.







No comments:

Post a Comment