Thursday, November 28, 2019

PENGENALAN


Pengurusan murid merupakan satu aspek penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini kerana pengurusan murid adalah penting bagi memastikan kelancaran urusan pihak pentadbiran sekolah dan juga sangat mempengaruhi kelancaran proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Pengurusan murid perlu dijalankan dengan sistematik untuk memudahkan urusan pihak pentadbir sekolah yang dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid (PK HEM).
Menurut Jaafar Muhammad (1988), Pengurusan merupakan satu proses pengagihan input dengan perancangan, pengorganisanian, pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi mencapai matlamat. Sebagai contoh, pihak organisasi sekolah menguruskan pelajar supaya mencapai matlamat sekolah berpandukan Faslafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Manakala menurut Peter F. Drucker menyatakan bahawa pengurusan ialah proses sosial yang dibentuk untuk memberi kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain kearah mencapai objektif utama. Rekod murid mengandungi maklumat lengkap seperti kemajuan dan perkembangan murid dalam segala aspek seperti intelek, rohani, emosi dan jasmani yang akan menjadi panduan sekolah, ibu bapa dan juga pelajar sendiri.

Pengurusan murid sangat penting bagi melahirkan murid yang berkualiti dari pelbagai aspek perkembangan diri. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif sangat membantu dalam perkembangan diri murid. Perkara ini membantu kerana sekiranya pengurusan dijalankan dengan baik ia sekali gus membantu untuk sentiasa konsisten dalam proses pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Guru dapat membuat perancangan yang baik dalam teknik dan kaedah pengajaran untuk menyampaikan ilmu dalam kelas dan dalam pada masa yang sama mampu untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Seorang guru perlu untuk mengenali muridnya dari pelbagai sudut bagi memudahkan proses pembelajaran.

Pengurusan murid yang baik dan sistematik juga akan menjadi faktor kepada suasana pembelajaran. Sekiranya baik pengurusan maka baiklah juga suasana pembelajaran. Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan murid sangat penting dalam persekolahan.




No comments:

Post a Comment