Pada tarikh 6 November 2019, kami telah pergi ke sekolah SAMTKKB
untuk menjalankan tugasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Persediaan kami untuk
menjalankan kajian di sekolah tersebut memerlukan kami untuk meminta kebenaran
daripada pihak PPD daerah Kuala Kubu Bharu. Responden bagi kami menjalankan kajian
ini ialah Penolong Hal Ehwal Murid SAMTKKB iaitu Encik Harnain bin Jajuli
bersama 20 orang pelajar Tingkatan Satu iaitu lelaki dan perempuan yang
dikelolakan oleh Guru Kaunseling SAMTKKB.
Kaedah kajian pertama yang kami gunakan ialah kaedah temubual, iaitu
bersama Encik Harnain, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid SAMTKKB. Kaedah kedua iaitu soal selidik dengan mengedarkan
borang soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada pelajar
tingkatan 1.
No comments:
Post a Comment