Tujuan utama
pengurusan murid ialah melahirkan murid yang berkualiti dari pelnagai aspek
seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Orang yang terlibat dalam pengurusan
murid ialah Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid (PK HEM), dan juga kaunselor
sekolah. Pengurusan murid juga bermatlamat untuk membantu murid untuk konsisten
dalam proses pembelajaran, membantu guru melaksanakan proses pembelajaran,
membina budaya yang baik antara guru dan murid dan meningkatkan motivasi murid
untuk terus belajar.
Objektif
Pengurusan Hal Ehwal Murid juga dapat dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu :
·
Objektif
masyarakat
Masyarakat
sangat memerlukan sumber tenaga manusia yang berterusan dan berkualiti dan
cemerlang. Ia adalah untuk memenuhi keperluan sumber tenaga kerja dalam
masyarakat dalam pelbagai sektor pekerjaan
·
Objektif
sekolah
Setiap
sekolah mempunyai visi dan misinya yang tersendiri dalam pelbagai aspek sama
ada aspek akademik ataupun bukan. Dalam konteks ini, pelajar sekolahlah
merupakan orang yang bakal memenuhi misi dan visi sekolah. Tetapi, gurulah yang
betanggungjawab dalam membantu pelajar untuk merealisasikannya.
·
Objektif
Fungsian
Sekolah
dan pelajarnya mesti memainkan peranan supaya proses Pendidikan di sekolah
berjalan dengan lancar dan baik. Pengurusan hal ehwal murid merupakan satu unit
yang memainkan peranan supaya pengurusan persekolahan berjalan lancar..
·
Objektif
Peribadi Pelajar
Pelajar sebagai
individu sudah tentu mempunyai objektif yang tersendiri dalam pembelajarannya
di sekolah. Setiap orang pasti mempunyai cita-cita dan harapan yang ingin
dipenuhi. Perkara ini memerlukan bantuan pihak sekolah bagi seorang pelajar
untuk mencapai matlamatnya dalam tujuan akademik mahupun kerjaya pada masa
depan.
No comments:
Post a Comment