Pengurusan
murid melibatkan perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran, pengawalan
serta pemulihan terhadap murid. Perancangan merupakan aspek yang paling penting
kerana ia adalah permulaan bagi setiap perkara. Iaitu, suatu perkara sangat
memerlukan perancangan yang rapi untuk merealisasikan sesuatu. Ia akan
menentukan objektif dan matlamat yang hendak dicapai serta menetapkan kaedah
yang bersesuaian dalam menjalankan sesuatu.
Pentaksiran
pula melibatkan pengamatan dan memerhati perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan
dalam pelbagai aspek pengurusan murid. Iaitu pemerhatian akan dilakukan untuk
mengenalpasti keperluan yang perlu untuk ditambah baik oleh pihak sekolah.
Pengelolaan pula ialah pelaksanaan dan pembentukan prosedur dalam pengurusan
pembelajaran. Iaitu prosedur akan dijalankan mengikut apa yang telah ditetapkan
untuk melancarkan sesuatu urusan. Pentadbiran pula ialah dari segi kepimpinan,
motivasi, penyeliaan dan penyelarasan terhadap kaedah dan perancangan yang
dicancang.
No comments:
Post a Comment