Thursday, November 28, 2019

TUJUAN PENGURUSAN REKOD MURID


Antara tujuan pengurusan pembelajaran ialah :

v  Memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah 
Sistem pengurusan murid di sekolah adalah sangat perlu untuk dipertingkatkan. Perkara ini sangat penting kerana ia adalah untuk memudahkan urusan pihak pentadbiran sekolah untuk membuat suatu tugasan yang melbatkan murid. Sistem pengurusan murid juga perlu untuk dijalankan dengan sistematik agar memastikan perjalanan suatu pekerjaan bermula dari pengurusan hingga kepada guru berjalan lancar.

v  Kemaskini profil pelajar
Profil murid perlu untuk sentiasa dikemaskini dan sentiasa di’update’. Perkara ini penting kerana ia akan menjadi rujukan pihak sekolah dalam pengurusan pelajar. Sebagai contoh, sekiranya berlaku apa-apa kejadian, profil murid akan dirujuk untuk menguruskan sesuatu perkara seperti urusan bersama keluarga murid dan sebagainya. Sekiranya profil murid tidak dikemaskini, ia akan menyukarkan urusan pihak sekolah sekiranya berlaku apa-apa perkara yang memerlukan hubungan antara pihak sekolah dan juga keluarga.

v  Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkahlaku pelajar
Perkembangan murid dari segi akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku sangat perlu untuk direkodkan. Perkara ini perlu kerana ia merupakan rujukan pihak sekolah terutamanya guru untuk mengenali pelajarnya. Seorang guru sangat perlu untuk mengenali pelajarnya dari pelbagai aspek bagi memudahkannya untuk membuat perancangan method pengajaran yang bersesuaian. Rekod sahsiah dan tingkah laku pula adalah untuk melihat perkembangan sahsiah diri murid kerana ia juga merupakan salah satu tujuan pembelajaran iaitu untuk membentuk sahsiah pelajar kearah yang lebih baik.

v  Menyediakan maklumat lengkap mngenai kemajuan pelajar dalam segala aspek
Iaitu, segala perkembangan potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) adalah penting untuk direkodkan. Hal ini kerana, perkembangan diri pelajar boleh dilihat dan dikaji untuk membantunya bagi meningkatkan lagi potensi diri pelajar. Setiap aspek ini perlu dilihat kerana ia adalah aspek-asperk yang ditekankan dalam perkembangan diri menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

v  Sebagai panduan guru
Guru juga akan menggunakan rekod pelajar untuk membantunya dalam menguruskan pelajar. Iaitu sebagai contoh, guru kelas merupakan seorang yang menguruskan pelajar di dalam kelasnya. Oleh itu. Guru kelas perlukan maklumat pelajar untuk memudahkan pengurusan. Guru-guru lain juga boleh menggunakan maklumat pelajar untuk membantu dalam urusan pembelajaran mereka.

v  Sebagai panduan ibu bapa
Rekod murid juga akan menjadi panduan bagi ibu bapa untuk melihat perkembangan potensi diri anak-anak. Rekod ini akan menunjukkan kepada ibu bapa tentang segala aspek perkembangan diri anak-anak yang berada di sekolah. Disinilah ibu bapa akan mengetahui bagaimana tingkahlaku anak-anak dan juga pencapaian akademik mahupun keterlibatan anak dalam kokurikulum.

v  Panduan kepada pelajar
Pelajar juga boleh menggunakan rekod ini sebagai panduan utnuk meningkatkan potensi diri sendiri. Melalui rekod, pelajar akan mengetahui kelebihan dan kekurangan diri mereka seterusnya cuba untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik. Pelajar yang inginkan kemajuan diri sudah tentu mementingkan perkara ini bagi membantu diri sendiri untuk memperbaiki kelemahan diri mereka.








No comments:

Post a Comment